KETAHUI TEKNIK UNTUK TAMPILKAN BISNES ANDA DENGAN KELAINAN

Monday, June 7, 2010

Monday, July 6, 2009

Selamat Bertemu Kembali..

Hai... setelah sekian lama menyepikan diri, saya ingin mencuri masa saya untuk meluangkan masa membuat coretan khas untuk teman-teman disana..

Pastinya ramai tertanya-tanyakan, "kenapa blog nie tak di update lagi,, dah takde orang ke..".. ok sebenarnya saya baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan...
Wah.. bila sebut jadi bussiness women mesti ramai yang cakap seronoknyyyeerr...
Hmm.. ok.. sebenarnya memang agak menyeronokkan tapi yang selebihnya ia amat mencabar..
Pelbagai perkara yang saya baru pelajari dan sedikit sebanyak ia telah mengubah diri saya sendiri..
Erti kesabaran...
Erti menghargai wang....
Dan pelbagai lagi...

Ia juga telah melembutkan hati saya yang sememangnya keras... :)

Alhamdulillah.. hampir 6 bulan saya mula berniaga, kini saya baru nampak keuntungannya.. memang agak mencabar apabila semua duit kita habis dilaburkan dalam perniagaan ini.. tapi oleh kerana minat dan semangat yang kuatlah yang menyebabkan saya masih disini.. kalau tidak, saya rasa bulan ketiga dan keempat saya hampir putus asa dan hampir nak tutup kedai..

TETAPI....
Saya cabar diri saya.. "KENAPA ORANG LAIN BOLEH BUAT TAPI SAYA TAK BOLEH BUAT?? dan..
Berkat nasihat kawan2 saya, dan Pendorong paling kuat saya iaitu SUAMIKU YANG TERCINTA... saya meneruskan cabaran perniagaan ini.. saya berpegang kepada kata2 kwn saya : "awak belum cukup susah untuk jadi senang" barulah saya tahu yang dia pun berjaya setelah mengharungi perbagai kesusahan dan onak duri sehingga rumah hampir tergadai.." Ingat saya nie dah cukup susah dah.. dah putus asa.... Rupa2nya memang kena susag mcm tu untuk berjaya ni.. Bak kata DR. Azman Ching dalam seminar usahawannya.." Apabila kita gagal bermakna sebelah kaki kita sudah melangkah kearah kejayaan..." Alhamdulillah... Berkat kesabaran saya masih disini meneruskan cabaran...

Untuk Kalian semua.. Tolong doakan kejayaan saya mudah-mudahan saya berjaya mengikut idola saya untuk jadi JUTAWAN.. iaitu Irfan Khairi..

Dan...
Saya akan mengambil kesempatan nanti untuk memasukkan produk saya di blog ini untuk tatapan kalian dan sesiapa yang sudi support saya untuk membeli product saya...yang pastinya harga paling istimewa untuk Anda...

Sekian Salam Sayang dari saya..

Tuesday, February 10, 2009

HARAM MENYAMBUT HARI VALENTINE


Henti sambut Hari Valentine
Oleh Mohd. Yaakub Mohd. Yunus


Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik
dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.


Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi.

Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.


Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian. Sejarah Sambutan Hari Valentine.Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.


  • Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.
    Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak.
    Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.
    Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.
    Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.
  • Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.
    >>>Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.
    Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan
    St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
    Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
    Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh,
    beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).
    Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
    >>>Versi kedua.
    Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.
    Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
  • Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.

Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

  • Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti
dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam
urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama
Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.

(al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu
semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan
Aidilfitri”.

(riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T.

seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini.

Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).


Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata:

“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar).

(al-Baqarah: 120)

Wednesday, December 24, 2008

MOFAZ DIRECT SDN BHD

BISNES MLM Terbaru dari Mofaz, satu revolusi baru dalam dunia bisnes MLM, buat pertama kali dalam sejarah syarikat MLM yang membuat tawaran hebat menawarkan kereta SUZUKI SX4 TANPA TARGET, yang mana kebiasaannya MLM yang lain menawarkan kereta dengan target bulanan atau harian tetapi MOFAZ DIRECT SDN BHD menawarkan kereta kepada ahli Turbo, dengan Mofaz membayar downpayment RM 14,000.00!!



Harga diatas jalan RM92,000-00

Pinjaman dari Bank (RM956-00 sebulan selama 9 tahun) RM78,000-00
Wang Pendahuluan RM14,000-00
(Dibayar oleh MOFAZ DIRECT – setelah mendapat kelulusan Bank)
Saguhati dari MOFAZ DIRECT RM6,000-00
Pinjaman dari MOFAZ DIRECT - 0% RM8,000-00
(Dibayar balik secara ansuran dari Bonus Anda)
* Anda hanya perlu bayar Insuran kereta sahaja.

Tetapi tawaran ini hanya untuk 500 buah kereta sahaja, Rebutlah peluang keemasan ini dan segera hubungi saya untuk keterangan lanjut..

012- 6056124 / 0129302900

Tuesday, November 18, 2008

TIP HEBAT UNTUK CEBURI PERNIAGAAN BARU

BERIKUT adalah artikel yang dipetik dari Dr Irfan Khairi, Jutawan Internet, semoga ianya akan menjadi pedoman untuk kita.
Bersama ini juga saya sertakan artikel mengenai bagaimana untukmengetahui sesuatu program di Internet itu adalah benar ataupun tidak. Mudahan, dengan ilmu ini, akan mengurangkan lagi kes-kes penipuan di Internet berlaku.
=========================================================

Cara mengelakkan diri daripada tertipu di Internet (SCAM)=========================================================

Oleh: Irfan Khairi

Aida, dalam mengumpul kewangan dan menambahkan kekayaan, kita bukan sahaja sepatutnya fikir bagaimana nak invest, bagaimana nak jimat wang, bagaimana nak tambahkan pendapatan, dan sebagainya... tetapi, kita perlu juga fikir bagaimana tidak mahu rugi/hilang/burn wang kita...

Contoh:

* meminjam wang pada kawan, dan pinjaman tidak di bayar (mungkin anda pernah terkena!)

* membuat pelaburan yang jelas merugikan (seperti beli rumah untuk disewa di kawasan tiada permintaan)

* tertipu dengan program-program Internet atau dikenali sebagai SCAM.

Tip saya kali ini, hendak kongsikan pada anda satu "formula" supaya kita tidak rugi/hilang/burn duit kita pada SCAM (penipuan).
Formula ini berbunyi: NO SCAM! N-O S-C-A-M
N bermaksud: NAME.
Siapakah nama di sebalik sesuatu pelaburan atau peluang perniagaan tersebut. Sering kali, SCAM dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan identiti mereka. Jadi, pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.
O bermaksud: OVER PROMISE. OVER PROMISE.
Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising? Atau janji yang lebih-lebih dan tak masuk akal? Ketahui bahawa menjana pendapatan yang lumayan bukanlah perkara yang mudah. Mana ada goyang kaki, duit masuk (melainkan bisnes menjahit). Kebanyakan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE!
S bermaksud: SEARCH.
Internet penuh dengan maklumat-maklumat. Dan maklumat di Internet bersebar dengan pantas. Oleh itu, apa kata anda menggunakan kekuatan Internet ini untuk membuat sedikit research. Anda perlu membuat SEARCH atau CARIAN, terutamanya di Google.com. Masuk http://www.google.com/ dan lakukan research dengan cara type nama pemilik program tersebut. Atau, typekan nama syarikat. Atau type nama program atau sistem yang digunakan.Dengan hanya menggunakan SEARCH di google, anda pasti akan mengetahui banyak maklumat-maklumat seperti pelanggan tidak berpuashati, dan sebagainya. Cara ini amatlah efektif, tetapi, sayangnya,ramai yang terjerat dalam SCAM, salah diri juga kerana tidak melakukan research, dengan hanya menggunakan SEARCH di GOOGLE.COM!

C bermaksud: CONTACT.
Pastikan anda mempunyai contact details lengkap syarikat atau perniagaan tersebut. Sekali lagi, mereka yang melakukan SCAM suka menyorok dan berselindung. Jarang sekali mereka dedahkan alamat,nombor telefon, cara hubungi, dan lain-lain. Sekiranya ada, apakata anda cuba hubungi secara offline untuk memastikan kewujudan CONTACT details mereka. Ingat, wang anda dalam keadaan bahayas sekiranya tertipu. Oleh itu, apa kata usaha lebih sikit supaya tak terjerat!
A bermaksud: ASK.
Tanya orang ramai. Tanya kenalan-kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri! Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM.Tanya orang lain juga supaya kita lebih banyak maklumat tentang sesuatu program sebelum melaburkan our hard earned money! Islam juga menggalakkan kita banyak bertanya untuk mendapat ilmu.Pastikan anda mempunyai ilmu supaya tidak tertipu. Tanya - tanya dan tanya lagi!

M bermaksud: MAKE SURE!
Pastikan anda melakukan kesemua di atas! Ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan anda. Sering kali mereka yang terjerat dengan SCAM,sebenarnya, sebelum menyertai telah ada "rasa tak sedap hati".Tetapi, sebabkan perasaan "ingin tahu" dan juga "cepat kaya"memenangi diri, maka, kita pun tertumpas dengan janji-janji manis SCAM. Sekiranya anda tertipu dengan SCAM, bukan sahaja anda rugi WANG. tetapi, anda juga akan rugi MASA dan USAHA anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut! Dan yang penting juga, anda akan rugi dan kehilangan keyakinan anda dalam memulakan perniagaan dan pelaburan yang sebenar. Bila hilang keyakinan, self esteem akan kurang, dan kita mula stress... harapnya tidak terjadi pada kita ok?:)

Baca kembali NO SCAM di atas dan fikirkan. Kalaulah semua kita ikuti langkah-langkah ini, insyaallah tiadalah yang terjerat dengan SCAM-SCAM yang berlaku keliling kita.Bagi anda yang pernah terkena SCAM (harapnya tidak ramai lah dari pembaca blog saya:)), apa kata anda rujuk semua di atas dan cuba jawab point-point di atas. Adakah anda melakukan segalanya sebelumterkena SCAM tersebut?

* N - NAME * O - OVER PROMISE * S - SEARCH * C - CONTACT * A - ASK * M - MAKE SURE!

Maklumat tambahan:Bagi anda yang mempunyai blog, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan sekiranya anda boleh masukkan artikel ini ke blog anda dan linkkan ke http://www.irfankhairi.com/. Ini kerana, dengan ilmu sedikit extra formula N-O S-C-A-M ini, maka kita dapat kurangkan rakan-rakan kita yang lain dari terkena SCAM. Mudahan kita jugaberhati-hati di masa yang akan datang!Untuk maklumat lanjut perniagaan Internet, lawatihttp://www.rahsiainternet.com/
Dengan adanya tip tip hebat dari DR IK ini dapat membantu kita supaya dapat kebenaran tentang bisnes yang kita ceburi,seperti MOFAZ DIRECT, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, tambahan Mofaz mempunyai 4 bangunan besar si sepanjang jalan di Sg. Penchala, segala urusan dibuat di wisma Mofaz iaitu HQ Mofaz Sdn Bhd.
Jadi kita mempunyai keyakinan yang tinggi untuk melabur atau joint venture dengan Mofaz.
Peluang ada didepan mata,hanya kita sendiri yang dapat menolong diri sendiri kerana orang lain tidak akan menolong anda, kita hanya membuka peluang untuk anda..
Hubungi Aida yang sedia membantu anda, e-mail - aida6907@yahoo.com

Tuesday, November 11, 2008

MOFAZ DIRECT SDN BHD


INGIN MENJADI USAHAWAN BERJAYA MOFAZ DIRECT?

Peluang TerHebat di depan mata anda! KINI MOFAZ telah melebarkan sayapnya untuk membuka anak syarikat iaitu MOFAZ DIRECT SDN BHD iaitu sebuah syarikat yang menjalankan Bisnes MLM... JADILAH GOLONGAN PIONEER dengan mendaftar awal sebelum 30 Nov ini dan berpeluang memiliki sebuah kereta SUZUKI SX4, serta Tiket F1 Litar Sepang menyaksikan FAIRUZ FAUZY pada 21 - 23 Nov ini..

TIDAK SEPERTI BISNES MLM YANG LAIN, MOFAZ DIRECT sudah mempunyai nama MOFAZ yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan sebuah syarikat yang Establish . MOFAZ DIRECT juga memberi kelainan untuk para usahawan menjana Pendapatan yang lumayan dengan modal yang kecil dan bukannya melalui Sistem Piramid.

Apa yang penting ialah kita akan menjadi golongan PIONEER.. REBUTLAH PELUANG KEEMASAN INI ! Hubungi Aida yang sedia membantu..
Email - aida6907@yahoo.com.

p/s : Saya pernah menyertai pelbagai Bisnes MLM tetapi MOFAZ DIRECT amat berbeza dari yang lain..Tanpa perlu menjual PRODUCT, tanpa perlu maintain malahan hanya pasang 2 kaki sahaja serta hanya bermodalkan kecil, ia memberi pulangan yang amat lumayan... Suami saya yang juga anti-MLM, telah terbuka hatinya untuk menyertai MOFAZ DIRECT. Dan ini kali pertama sepanjang hidupnya menyertai Bisnes MLM. Saya tanya apakah yang menyebabkan beliau terbuka hati untuk join?
Beliau menjawab percaya kepada Joint Venture kita. iaitu MOFAZ dan kedua kita adalah golongan PIONEER.. JADI, cubalah beri peluang kepada diri anda sendiri untuk menjadi USAHAWAN YANG BERJAYA MOFAZ DIRECT!
SEMOGA BERJAYA!

Wednesday, October 22, 2008

WRITING PLAYSHOP


Pada tanggal 18 Okt 2008 saya telah menghadiri wokshop "How to Write a Best Seller in 88 days" oleh Azizi Ali, millionaires coach. Workshop ini banyak menerangkan cara cara untuk menjadi bestselling author dimana seperti matlamat saya untuk menjadi author e-book untuk perniagaan internet. Azizi Ali juga banyak menceritakan pengalaman dirinya sendiri dalam mencapai matlamat untuk menjadi jutawan. Terima Kasih kepada Azizi Ali..